Sunday, October 28, 2012

Dengarlah bicara hatimu

Malam melitupi alam
Seakan kegelapan yg menyelimuti hati
Seperti titik titik hitam yg menjangkitinya
Sayup sunyi malam
Seakan kekosongan dan kesunyian di hati

Hati merintih. Kesunyian
Tercari cari dimana silapnya
Tercari cari pengisinya
Hati kecil yg suci dgn fitrah mula mendetik kata,
Dirimu merindui tuhanmu
Dirimu tercari cari akan tuhanmu
Dirimu sudah jauh, makin menjauh.

Hatimu memberontak
Dimana engkau meletakkan cinta tuhanmu
Engkau katakan cinta tuhanmu cinta agungmu
Engkau katakan kau cintakannya kerana tuhanmu
Namun dimana buktinya
Dimana?
Adakah pemberontakan hati kecilmu itu bukti engkau mengikut fitrah kejadianmu yg sentiasa memerlukan kasih dan cinta tuhanmu?
Atau tangisan mu kerana memiliki hati yg sentiasa bersedih?
Tidak. Tidak sama sekali.

Dengarlah hati kecilmu berkata kata
Dengarlah, telitilah
Janganlah tidak menghiraukannya
Janganlah sehingga menitik air matamu menyesal akan tindakanmu itu

Kebahagiaan itu adalah hati yg tenang
Dan hati yg tenang itu dgn mengingati tuhanmu
Maka jangan sesekali engkau hiraukan bicara hatimu
Kerana ia suci, ia fitrah
Walau dunia mencemuhmu
Walau dunia bertindak seakan memahami tindakanmu berniat mempermainkanmu
Biarlah,
Ini urusanmu dgn tuhanmu
Dan bicara hatimu sbg perantara
Kerana yg engkau tagihkan adalah redhaNya

Campcaesar 
281012  
2158